Saturday, October 27, 2007

Kajian Banjir Di Kota Tinggi, Johor

Kajian bagi Demografi dan Pembangunan telah di jalankan di kg Kelantan, Kota tinggi , Johor. Responden seramai 30 orang responden telah berjaya diperolehi. Daripada 30 responden seramai 3 orang telah ditempatkan di Sekolah Menengah Arab. 1 lelaki dan 2 perempuan. Kesemuanya beragama islam dan berbangsa melayu. Responden berumur dalam lingkungan 35-60 tahun. Seorang bekerja dengan kerajaan dan 2orang bekerja menjaga anak dan, berkebun. Jumlah pendapatan bagi bekerja kerajan adalah RM1000 dan yang bekerja jaga anak dan berkebun adalah RM300. Status ketiga-tiga adalah bujang,berkahwin dan janda.

Penilaian bagi tempat tinggal dan lain-lain telah di buat. Bagi tempat tinggal, Seorang responden mengatakan tempat tinggal tidak memuaskan manakala 2 lagi mengatakan tempat tinggal sangat memuaskan. Semua respondn berpuashati dengan makanan. Bagi tandas. 2 responden mengatakan tandas yang disediakan bersih manakala seorang responden mengatakan tandas kotor dan terhad. Dari segi keselamatan kesemuannya berpuas hati. Seorang tidak berpuas hati dengan tempat solat yang disediakan yang lain berpuas hati. Semua responden tidak mempunyai masalah dengan bantuan yang dihulurkan.

Satu lagi pusat penempatan adalah Sekolah Menengah Laksamana yang di huni sramai 4 orang responden. 1lelaki dan 3 perempuan. Kesemuanya beragama islam dan berbangsa Melayu. Berumur dalam lingkungan 28-45 tahun. 2 daripada mereka bekerja swasta dan 2 lagi bekerja lain-lain. 2 orang berpendapatan RM1000 ke atas, seorang dalam lingkungan RM400-RM600 dan seorang kurang daripada RM300. 3 orang telah berkahwin dan seorang adalah ibu tunggal.

Semua responden berpuas hati dengan makanan. Mereka juga turut berpuas hati dengan tempat tinggal, keselamatan, 2 responden merasa tidak puas hati dengan keadaan tandas kerana tidak ada kerjasama antara penghuni untuk jaga kebersihan. Seorang responden tidak berpuas hati dengan tempat solat kerana sempit sedangkan bilangan penghuni ramai. Semua responden mangatakan mndapat bantuan yang mencukupi kerana banyak pihak menyalurkan bantuan.

Kajian bagi Demografi dan Pambangunan telah dijalankan di Kg Kelantan,Kota Tinngi Johor. Mangikut soal selidik yang telak kami jalankan, 8 daripada 30 orang responden kami ini telah ditempatkan di Dewan Jubli Intan.

Daripada 8 responden ini pula, 6 daripadanya adalah lelaki dan 2 perempuan. 6 daripada mereka beragama islam dan 2 orang daripadanya masing-masing beragama Buddha dan Hindu. Berumur dalam lingkungan 20tahun sehingga 70tahun. 2 daripada responden tersebut bekerja dengan kerajaan, , 2 bekerja dengan swasta, 2 lagi responden telah bersara, seorang bekerja sebagai nelayan dan seorang lagi bekerja sendiri. 2 daripada responden mempunyai pendapatan RM 1000 ke atas, manakala 5 daripada responden pula mempunyai jumlah pendapatan RM 700 hingga RM 900 dan hanya seorang mempunyai jumlah pendapatan RM 400 hingga RM 600. 5 daripada responden tersebut telah berkahwin dan bakinya seramai 3 orang pula belum berkahwin.



Daripada kajian yang telah di jalankan ini didapati kesemua responden berpuas hati dengan tempat tinggal yang telah disediakan, begitu juga dengan makanan dan bantuan yang telah disalurkan. Diharap agar pihak-pihak yang berkaitan akan terus memberi bantuan dan lebih prihatin dengan masalah banjir yang dihadapi penduduk samada di Johor mahupun di kawasan lain di seluruh negara.

No comments: