Saturday, October 27, 2007

Banjir Di Malaysia

Beberapa negeri di selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah. Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia abad ini. Banjir ini turut dirasai negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini . Fenomena banjir ini turut menimpa negara jiran Singapura dan utara Sumatera, Indonesia.


Banjir di Kota Tinggi


Johor

Banjir di Kota Tinggi
Banjir di Kota Tinggi
Banjir di Kota Tinggi
Banjir di Kota Tinggi

Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad . Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan menderkana uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan air main meningkat. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut.Melihat kesan banjir yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir amat memilukan.

Melaka

Di Melaka, 3,193 orang dari 691 keluarga dari Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin terpaksa berpindah. Sejumlah 35 pusat pemindahan telah dibuka. Banjir ini merupakan paling teruk di daerah ini sejak 15 tahun terdahulu.

Pahang

Di Pahang, lebih 3,000 orang dipindahkan di beberapa kawasan di Rompin, terutamanya di Bandar Tun Razak. Lebih 6,000 penduduk, termasuk di sembilan kawasan Felda Selancar, terkandas akibat dua jambatan yang rosak teruk di kawasan terbabit.

Negeri Sembilan

Di Negeri Sembilan, kawasan yang terbabit ialah Gemas dan Gemencheh. Sejumlah 80 orang telah dipindahkan.


No comments: